Beware of SCAM Ads

Beware of SCAM Ads

Harap berhati-hati dengan beberapa penjual dalam talian yang cuba mempromosikan motor GPX dengan harga yang sangat rendah. Kami boleh jamin mereka ini bukanlah pengedar sah GPX.

gpx unauthorized dealer scam ads

Sebagai contoh, harga jualan untuk GPX Demon GR200R adalah RM11,388. Tetapi anda boleh menemui iklan yang menunjukkan bahawa mereka menjual GPX Demon GR200R pada harga yang jauh lebih rendah iaitu RM9,800. Kami ingin menasihati dan memberi amaran kepada anda agar tidak berurusan dengan penjual sebegini.

 

Mula-mula mereka pancing anda dengan harga yang rendah dari harga pasaran. Kemudian mereka akan minta anda letak deposit untuk urusan booking pre-order. Oleh kerana mereka sendiri tidak mempunyai stok motor GPX, mereka akan cuba melengah-lengahkan masa selama mungkin dengan 1001 alasan (stok terhad di kilang, kedai motor lain pon tiada stok, dsb). Isu ini akan berlarutan lebih dari sebulan, dan kemudian mereka akan mengesyorkan anda membeli motor dari jenama lain. Jika tidak, wang deposit anda akan burn begitu sahaja.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan motor GPX, sila berurusan hanya dengan pengedar sah GPX sahaja. Rujuk senarai terkini kami di sini >> https://www.gpxmalaysia.my/dealer

 

=====

 

Please beware of some online seller who try to promote GPX bike with such a low price. They are surely not one of our GPX Authorized dealers.

scam ads demon gr200r cheap

For example, the recommended retail price for GPX Demon GR200R is RM11,388, you can find ads showing that they sell GPX Demon GR200R at a much lower price of RM9,800. We would like to advise and warn you not to commit to these kind of bike shop. 

 

First, they entice you with such a low price from normal market price. Then they will ask you to put some deposit money in order to secure a bike for you (pre-order), and since they themselves do not have any stock, they will try to drag time as long as possible with many reason (difficult to get stock from factory, now everywhere this bike out of stock, etc). This case will be longer than a month, and later they will recommend you to buy bike from another brand. If not, your deposit money will be gone. 

 

If you are interested to get your hand on any of our GPX bikes, please deal with only our GPX Authorized dealers. Refer our updated list here >> https://www.gpxmalaysia.my/dealer

Leave a Reply