Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Apa Kata Majalah Roda-Roda Selepas Tengok Motor GPX?

roda roda review1

Bike Continent Sdn Bhd telah membuat previu khas empat model terbaru daripada GPX Racing iaitu GPX Gentleman 200 (versi upgrade), GPX Legend 150, GPX Demon 150GN dan GPX Demon 150GR. GPX Gentleman 200 merupakan jentera ‘cafe racer’ yang bersesaran 197cc, transmisi 6 kelajuan, penyerap hentak tunggal KYB, brek hadapan jenis cakera dan tayar-tayar jenis Pirelli Angel City. Model ini telah pun berada di pasaran dengan harga RM10,980.

GPX Legend 150 didatangkan dengan enjin empat lejang, 149cc dan dikemaskan dengan panel meter digital dan penggunaan fork hadapan jenis teleskopik. Model ini dijangka akan mula dipasarkan pada April 2019 pada harga sekitar RM8,000.

GPX Demon 150GN pula merupakan sebuah mesin jalanan yang dilengkapi dengan lampu-lampu jenis LED, panel meter digital dan enjin bersesaran 149cc yang cukup mantap. Model ini juga bakal memasuki pasaran negara pada Mac tahun ini dan berharga sekitar RM8,000.

GPX Demon 150GR sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh peminat jentera sport. Model gaya perlumbaan ini menawarkan rekabentuk yang agresif, sporty dan moden. GPX Demon 150GR dilengkapkan dengan lampu-lampu LED, fork hadapan jenis terbalik dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Model ini turut dikemaskan dengan brek depan dan belakang jenis cakera. Dikhabarkan model ini akan dijual pada harga asas sekitar RM9,000 dan akan berada di pasaran bermula Februari ini.

GPX Racing merupakan sebuah syarikat yang diasaskan di Thailand sejak pada tahun 2007 lagi dan merupakan antara tiga pengeluar paling berjaya (dari segi jumlah pendaftarannya di Thailand pada tiga tahun berturut-turut iaitu 2016, 2017 dan 2018. Selain Malaysia, GPX turut mendapat tempat di pasaran negara-negara lain seperti Vietnam, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Hong Kong, Singapura, Jepun dan tahun ini Filipina.

Info lanjut boleh follow mereka di FB https://www.facebook.com/MajalahRodaRoda