Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Santai Jelajah Pan Borneo Highway Menggunakan Gpx Popz Classic 110

KUCHING : Jelajah Pan Borneo Highway GPX POPZ CLASSIC 110 cc telah diadakan dengan jayanya oleh Nurasiman Bin Simon atau lebih dikenali dengan nama Bro Luqman.

Jelajah pan borneo highway ini mengambil masa selama 6 hari, bemula daripada Kuching sehinggalah ke Miri Sarawak dan Kembali ke kuching.

Bagi peminat jentera ‘GPX model Popz classic 110cc’ yang ingin tahu asal-usul jentera ini berasal daripada negara Thailand . Motosikal GPX POPZ ini tersedia jual di GHC BIKES Jalan Green Road Kuching dan GHC BIKES group jalan oya sibu.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada GHC BIKES GROUP, GPX MALAYSIA dan REPSOL OIL kerana mempercayakan saya untuk membuat uji kaji jentera ini.

Disini saya ingin  cerita sedikit tentang bagaimana saya menguji nya sempena ‘Ride Santai Pan-Borneo 2020 bersama GPX POPz 110cc ‘ dengan jarak kasar 2300KM* sama ada tahan cincah atau disebaliknya. Saya mula menguji bermula :-

Day 1 – Kuching ke Miri dengan jarak 713KM dan saya singgah sebentar ke GHC SIBU untuk tukar minyak hitam (REPSOL OIL) dan top-up minyak dan sambung perjalanan ke Miri. Keseluruhan perjalanan mengambil masa selama 14 jam.

Singgah sebentar GHC Bikes Sibu untuk tukar minyak hitam

Bro Luqman mengambil pemandangan sekitar bandaraya Miri bersama GPX POPZ CLASSIC 110

Day 2 – Miri ke Mukah dengan jarak 342KM dan saya singgah sebentar di Bintulu untuk top-up petrol) dan keseluruhan mengambil masa 5 jam.

Singgah sebentar di bandaraya Bintulu selepas isi minyak

Mengambil gambar GPX POPZ CLASSIC 110 di sekitar Mukah, SARAWAK

Day 3 – Mukah ke Kapit 146KM + 138KM tanpa henti (kecuali top-up petrol) selama 5 jam

GPX POPZ CLASSIC 110 Di hadapan dewan suarah Kapit, SARAWAK

Day 4 – Kapit, Song, Ngemah, Kanowit ke Sibu 138KM tanpa henti (kecuali top-up petrol) selama 3 jam.

 

Gambar GPX POPZ CLASSIC 110 pejalanan dari kapit ke song, ngemah, kanowit dan perhentian seterusnya adalah Sibu, SARAWAK

Day 5 – Sibu (Pelancaran GPX POPz 110cc  di GHC Bikes Sibu Oya)

Bro Luqman bersama dengan 4 Influencer terkenal di SARAWAK

(Dari kiri – Ezri Mukriz,Chopie Cakap, Deva Melbourn dan Zah Amirul semasa program Introducing of GPX POPZ CLASSIC 110 di GHC bikes Jalan Oya Sibu)

Day 6 – Sibu, Sri Aman ke Kuching destinasi akhir 401KM tanpa henti (kecuali top-up petrol) selama 7 jam. Paling mencabar sepanjang perjalanan hujan tanpa henti.

Setelah 7 jam meredah hujan, Bro luqman selamat sampai ke Kuching, SARAWAK

Sepanjang jelajah ini berjalan, informasi yang pembaca boleh rujuk :

Kelajuan : 120km/j  (🇲🇾 90km/j kelajuan kebangsaan)

Kapasiti tangki : 4liter (139KM+-) dalam kelajuan mendatar.

Warna : Orange, Blue, Pink (standard). Black and White (Special Edition)

Harga : Bawah RM6k OTR (2020)

Komen peribadi saya secara ringkas tentang jentera GPX POPZ 110 ini :-

Saya suka sebab salah satunya jentera ini bila dalam kelajuan yang tinggi  cover bodypart  tidak bergetar sebab setiap skru pada badan motor ini sudah dipasang getah khas untuk menstabilkan getaran motosikal GPX POPZ.

Yang kedua adalah tempat duduk motosikal ini sangat-sangat selesa dan lembut apabila duduk.sangat sesuai kepada semua golongan yang ingin mendapatkan motosial classic.

Selain itu juga, motosikal ini menggunakan lampu L.E.D. Jadi jika menunggang pada waktu malam sangat jelas sekali dan terang.

Jika sesiapa yang ingin membuat ride jelajah seperti saya menggunakan motosikal cc 110 ini, saya bagi sedikit tip untuk persediaan awal.

Yang pertama jiwa seseorang itu mestilah kental dan mentel kena bersedia dalam setiap situasi yang akan berlaku. Yang paling penting adalah rehat mesti cukup sebelum memulakan perjalanan.

 

For more info about GPX bike in Sarawak, please visit https://www.facebook.com/ghcbikes/